Bluebrry Cheesecake yg bakar...



...ni rupanya cheesecake dibhgn tepi...nmpk bluebrry jem....




....ija sj buat mcm ada btk marble...letak aje jem bluebrry lps tu pusing2 aje...






....tinggal sepotong ni aje...laku beb...


N3 ni atas permintaan member suruh ltkkan dkt blog....menu ni ija buat pd ari ahad ari tu utn ngabiskan whipped cream....ari selasa bw kat kekwn utk rs & mrk kt sedap & ada jg yg nak order...hehehe...resepi ni ija ambik dr myresepi.com...X ingatlah empunya resepinya...apa2 pun mmg sedap...tq empunya resepi...




....oklah meh tgk gambo & resepinya ada di bwh ni ye...



Bahan-bahan ( Ukuran 7" )
• 15- 20 keping biskut marie dihancurkan
• 25- 50g butter dicairkan
• 2 biji telur
• 250g Keju Krim (Philadelphia Cream Cheese)- ija guna tatura aje
• 200ml whipping cream (emborg)- ija guna anchor aje
• 90g gula kastor
• 2 sudu besar (sukatan rata) tepung gandum
• 1 sudu besar jus lemon
• 3/4 cawan blueberry fruit filling
• Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. base- Gaulkan biskut dan butter. Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan ditekan rata
2. Masukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 170 darjah celsius
4. topping- Masukkan 2 biji telur, cream cheese, whipping cream, gula, tepung, dan jus lemon ke dalam blender atau food processor. Blend sehingga sebati. Tetapi, jangan di 'blend' kan terlalu lama kerana tidak mahu memerangkap buih di dalamnya.
5. Masukkan ke dalam acuan yang telah disejukkan di dalam peti tadi.
6. Setelah oven cukup panas, masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar selama 45 minit.
7. Apabila kek telah masak, sejukkan dulu
8. Apabila kek telah cukup sejuk, ianya hendaklah dimasukkan ke dalam peti ais sekurang- kurangnya 4 jam sebelum boleh dimakan
9. Kemudian, boleh la hiaskan blueberry fruit filling di atasnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment